Sunday, 6 May 2012

HABA: HABA

HABA: HABA: Haba Boleh Menghasilkan Bahan Baru 1.      Haba adalah satu bentuk tenaga. ...

HABA

Haba Boleh Menghasilkan Bahan Baru



1.     Haba adalah satu bentuk tenaga.

2.    Haba akan mengalir apabila ada perbezaan suhu.

3.    Seketul ais (pepejal) berubah menjadi air (cecair) apabila menerima haba.

4.    Jika haba terus dibekalkan kepada air, air akan berubah menjadi wap air (gas).

5.    Kalau haba dikeluarkan dari wap air dengan cara menyejukkannya, ia akan berubah menjadi air semula.

6.    Jika air ini terus disejukkan iaitu dimasukkan ke dalam peti sejuk, ia akan berubah menjadi seketul ais (pepejal) semula.

7.    Pepejal seperti marjerin, mentega, lilin, kaca dan besi akan melebur (berubah bentuk dari pepejal ke bentuk cecair) apabila dipanaskan.

8.    Gula akan berubah menjadi bahan hitam apabila dipanaskan. Bahan hitam ini dinamakan karbon.

9.    Karbon juga dihasilkan apabila lilin, kertas, kayu dan minyak dibakar.

10. Karbon adalah berlainan daripada benda asalnya dan tidak boleh diubah semula.

11.  Telur mentah berubah menjadi pepejal apabila direbus.

12. Beras berubah menjadi nasi apabila dimasak.